assalamualaikum teman~~
Tuesday, August 31, 2010
< methodist school n US >
Posted by GrEEn-VeinEd wHitE at 5:17 AM 0 comments
Monday, August 30, 2010
< 31 ogos 2010 >
assalamualaikum teman~~
hari merdeka !!! merdeka !! merdeka !!! merdeka !! merdeka !! merdeka !! merdeka !! merdeka !!!
tahun ni kemerdekaan negara kita yg ke 53..hmmm...start beberapa ari b4 ni ag,ramai yg da wat persiapan..yg nmpk nya KHAR la..nk cipta logo 1 malaysia terbesar utk guiness book of record gtu..ak pom bersemangat gak trun 1st nite tu...cuci botol..buh air dlm botol...when it comes to 2nd day,that spirit starting to fade...wahahhaha.. apakah ini???fade tu sbb ada la sbb nyer...huk3x....pastu ak ada gak jenguk2 p tngok after tu,p da mcm x tau nk p wat pa..hak2x...huahuahua...bnyk nyer sound effect..tu kat kolej..bila ak jejakkan kaki kat kampus...ada gak grup yg tngh cipta logo 1 malaysia gak..p dyorg guna NEWSPAPER...basahkan n wat bulat2 then kaler....mcm2 ada..tu bru kt tg malim..kat tmpat lain mn la ak tau kan....slain drpd tu,member2 ak ramai gak join KARISMA g UKM utk smbutan kemerdekaan nih..wahhaha.....patriotik2x....i loike...ok..ni kt kolej ak kan...
negara pnya celebration ak x tau la mcm mn...p godek pnya godek ak jmpa stu laman web rasmi utk independence day dis year..mak bapak pnya stylo...ada gak...nk tngok ni link dye ....just click k n u can godek2 njoy it...hak3x..boleh dngr lagu2 patriotik kt ctu gak..bgus tau laman web ni....hmmm.....then,member ak kat kl lak,suruh tngok tv stu..live smbutan kemerdekaan dr sana...dye pom involve katanya...apa2 pom...
smbutlah secara bersederhana..
hmmm...sambutan???kat dataran merdeka....mlm2 merdeka ni..mknanya 9 bulan lagi..bnyk lagi la kes buang baby akan berlaku...satu doa atau realiti..tu lah kalo smbutan kemerdekaan ni disambut tnpa keimanan yg teguh...kenapa??? ye la..anak2 muda turun g dataran merdeka bersama psgn masing2..then gelap2 gulita.... mkin senang la nk buat projek kan..hmm..nauzubillah....jauhkan perkara sebegini drpd ak,kluargaku,rakan2 ku juga muslimin muslimat di dunia ini..smbut boleh tp berpada2 lah.....
Posted by GrEEn-VeinEd wHitE at 10:18 PM 0 comments
Friday, August 27, 2010
< BFF >
assalamualaikum teman~~
Posted by GrEEn-VeinEd wHitE at 9:12 PM 0 comments
Thursday, August 26, 2010
< when i'm not in dat mood >
Posted by GrEEn-VeinEd wHitE at 12:25 PM 0 comments
Monday, August 23, 2010
< baby n mummy >
assalamualaikum teman~~
tetiba dpt idea utk merapu ckit...idea pom dpt setelah berceloteh ngan member2 td..n smbil menanti waktu berbuka puasa yg x lama ag nih,...bek ak cerita stu kisah yg x tau la mcm mn...merapu la..cite merapu....
ni dialog antara BABY n MUMMY
Posted by GrEEn-VeinEd wHitE at 3:57 AM 2 comments
Saturday, August 21, 2010
< ciri-ciri wanita SYURGA >
assalamualaikum teman~~
1) Bertakwa
2) Beriman kpd Allah,Malaikat2 Nya,Kitab2 Nya,Rasul2 Nya, Hari kiamat dan beriman kpd taqdir yg baik mahupun yg buruk.
3) Bersaksi bahawa tiada yg berhak disembah melainkan Allah, bersaksi bahawa Nabi Muhammad adalah hamba dan Rasul Nya, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, dan menunaikan haji bg yg mampu.
4) Ihsan iaitu beribadah kepada Allah seakan-akan melihat Allah, jika dia tdk dpt melihat Allah, dia mengetahui bahawa Allah melihat dirinya.
5) Ikhlas beribadah semata-mata krn Allah, tawakal kpd Allah, mencintai Allah dan Rasul Ny, takut terhdp azab Allah, mengharap rahmat Allah, bertaubat kpd Nya dan bersabar ats segala takdir Allah serta mensyukuri segala kenikmatan yg diberikan kpd Nya.
6) Gemar membaca Al-Quran dan berusaha memahaminya, berzikir mengingati Allah ketika sendiri atau bersama org dan sentiasa berdoa kpd Allah.
7) Menghidupkan amar makruf dan nahi mungkar pd keluarga dan masyarakat.
8) Berbuat baik ( ihsan ) kpd tetangga, anak yatim, fakir miskin,dan seluruh makhluk, serta berbuat baik terhadap haiwan ternakan yg dimiliki.
9) Menyambung tali persaudaraan terhdp org yg memutuskannya, mmberi kpd org, menahan pemberian kpd dirinya,dan memaafkan org yg menzaliminya.
10)Adil dlm sgala perkara dan bersikap adil terhdp seluruh makhluk.
11)Menjaga lisannya drpd perkataan dusta,saksi palsu dan menceritakan kejelekan org lain ( ghibah ).
12)Menepati janji dan amanah yg diberikan kpd nya.
13)Berbakti kpd kedua-dua org tua.
14)Menyambung silaturahim dgn keluarganya,sahabat terdekat dan jauh.
Posted by GrEEn-VeinEd wHitE at 8:25 PM 0 comments
< hari ini dlm kenangan >
assalamualaikum teman~~
JUMAAT 20/8/2010
9.50a.m : bergegas trun utk ke lab....lab at 10.00 a.m
10.15 a.m : start wat experiment....crude extract of spinach..chromatography of plant pigment..n da last one is chlorophyll determination..
12.00 a.m : start memerah otak membuat report...buat calculation of Rf utk chromatoghraphy...n calculate the chlorophyll content by using spectrophotometer.....1st time guna bendalah ni...mcm mn nk guna tu mula2 mmg x reti gak ar....
1.00 p.m : jirus anak2 tiri yg ada kt lab...ank jagung..n bean..
2.00 p.m : bergegas ke taman bernam...bengkel...tertidur di bawah meja..
5.00 p.m : ke kampus.
5.30 p.m : masuk TEKO MAS...reserve meja utk 6 org...order mknn bukak pose...kuar g beli stationairy utk exam.order roti telor bungkus..n membaca plant fisiology.
7.00 p.m : makanan tersedia ats meja + smbung membaca...po wau la wau nun...
7.30 p.m : buka puasa ngan ayu,indah,mas,hilda n as..
8.00 p.m : menuju ke bitara siswa...namun ramai mahasiswa n mahasiswi lain...mengarah ke surau an Nur..ak sempat gak bsuh muka n pakai bedak di situ...hehehehe...
8.15 p.m : menuju ke DK K...utk test physiology...
8.30 p.m : test PLANT PHYSIOLOGY....huhuhu..bnyk menggoreng..ak goreng ikan..indah goreng nasik...ekekkekee...
9.40 p.m : kuar DK K..balik...ke bas yg sedia menunggu..
10.30 p.m : bru smpai umah....ckp ngan housemate..n leteyh..
12.00 p.m : bru mndi....huahuahauhau....routine yg sgt leteyh/.
tu je yg saya nk share psl jadual idup sy pada hari jumaat yg lalu..pg smpai ptg ye..hik3x...okies...chaoooo..
Posted by GrEEn-VeinEd wHitE at 7:51 AM 0 comments
Thursday, August 19, 2010
< aayyyooo >
Posted by GrEEn-VeinEd wHitE at 5:55 AM 0 comments
Tuesday, August 17, 2010
< pelajar n type of blood >
assalamualaikum teman~~
pelajar 1 : ngko darah jenis pe???
pelajar 2 : 0 negatif...ngko???
pelajar 1 : ak O jgk...tp ak O +ve....lorh..bahaya nye darah O -ve...x leyh beranak nnti...asian xramai yg ada darah rhesus -ve..
pelajar 2 : ye ker???btol ke ngko ni.. ( muka da cuak )....
ni lah dialog antara pelajar 1 n 2 yg berlaku dlm makmal bila experiment bout blood dijalankan..sama ada blajar psl blood atau pom blajar genetic...hik3x...mcm2 kan..tp persoalannya btol ke org yg berdarah O -ve x leh mengandung bila dye kawen nnti???dan akn menghadapi komplikasi....
apabila perkahwinan berlainan rhesus ini akan menyebabkan masalah kepada kandungan..
Jika :
lelaki Rhesus -ve perempuan +ve = tiada masalah kepada kandungan
lelaki Rhesus +ve perempuan -ve = Akan berlaku masalah kepada kandungan
Apabila perempuan rhesus -ve berkahwin dengan lelaki rhesus +ve akan berlaku masalah kepada kandungan. Untuk kandungan pertama kebiasaan tiada masalah tetapi masalah akan timbul pada kandungan seterusnya.
Jadi ini bermakna jika lelaki +ve berkahwin dengan perempuan rhesus -ve akan dapat anak tunggal je la...ea??
melalui tech prubatan skang, mother akan go tru sistem tukar darah berkala utk perkembangan janin dalam kandugan!
hmmm..mcm tu la pe yg boleyh ak kata n pe yg ak paham...sume ni sbb rhesus tu kan....yg mn akn hasilkan antibodi...hmmm....menjawab x persoalan2 dua org pelajar di atas..ntah...ak pom x sure menjawab ke x...hik3x.....okkies....kamsamhanida...lenkali cari ag maklumat..n belajar lgi..rajin2 baca buku OK...
Posted by GrEEn-VeinEd wHitE at 11:46 PM 2 comments
< slmt hari TUA >
Posted by GrEEn-VeinEd wHitE at 10:52 PM 0 comments
Monday, August 16, 2010
< sesuci hati HABIL >
assalamualaikum teman~~

Adam dan Hawa tiba di berlainan tempat di Bumi dan akhirnya mereka bertemu. Mereka melahirkan empat orang anak: kembar perempuan (Labuda dan Ikrima) dan kembar lelaki (Habil dan Qabil). Pada suatu hari, Allah memerintahkan Habil dan Qabil mengorbankan haiwan ternakan dan hasil tanaman mereka. Habil yang ikhlas dan baik hati membawa biri-biri yang paling gemuk dan buah-buahan terbaik kepunyaannya. Tetapi Qabil pula sebaliknya.
Oleh sebab itu, Allah menerima korban Habil.Qabil sangat dengki terhadap Habil atas apa yang terjadi.Tambahan lagi, Habil juga akan mengahwini kembar perempuan Qabil, Ikrima yang cantik. Sedangkan Qabil juga turut menyintai Ikrima. Bagi Qabil, ayahnya bersikap pilih kasih.
Saat mereka berdua berburu di hutan, Qabil menyatakan kejengkelan hatinya kepada Habil dan berhasrat untuk membunuh adiknya itu. Namun, Habil yang baik hati berkata, "saya tidak akan pernah mengangkat tangan untuk membunuhmu walaupun engkau tetap akan membunuhku."
Tiba-tiba harimau muncul di hadapan mereka. Qabil yang berasa bangga diri cuba untuk menunjukkan kekuatan dirinya dengan bergelut bersama harimau. Namun, harimau itu ternyata lebih gagah berbanding dirinya. Tanpa rasa dendam, Habil menyelamatkan saudaranya daripada menjadi habuan harimau tersebut. Tetapi, perkara itu menambah kejengkelan hati Qabil. 'Habil lebih kuat berbanding dirinya.'
Syaitan membisik kepada Qabil bagaimana caranya untuk membunuh Habil. Qabil mengangkat batu berat dan mencampakkannya ke arah kepala Habil. Habil akhirnya meninggal dunia dan wujudlah seorang pembunuh manusia pertama dalam sejarah.
Qabil menyesal terhadap perbuatannya yang kejam. Dia sedang berfikir apa yang hendak dibuat seterusnya dengan mayat adik lelaki yang telah dibunuh. Kemudian, dia melihat dua ekor burung gagak hitam yang bertarung dan satu darinya mati tertewas. Burung hitam yang hidup itu menggali tanah dan menanam burung yang sudah mati itu. Qabil mengikut cara tersebut lalu menggali tanah dengan kedalaman yang cukup untuk mayat Habil ditanam. Maka, inilah asasnya cara menanam mayat oleh masyarakat Islam dan kebanyakan budaya manusia kini yang diamalkan untuk beberapa alaf.
Pengajarannya, jadilah seikhlas Habil, dia melakukan yang terbaik dalam apa jua perkara yang dilakukannya, tidak dengki, pemaaf, suka membantu dan matinya juga insyaAllah di masukkan ke syurga. Berbahagialah dia sana...
Posted by GrEEn-VeinEd wHitE at 3:40 PM 0 comments
< apa itu TAQWA >
assalamualaikum teman~~
Suatu hari Umar al-Khattab r.a bertanya kepada Ka'ab bin Malik r.a tntg apa itu taqwa. Kemudian Ka'ab menyoal kembali :
" Wahai Umar,apakah engkau pernah melalui jalan yang penuh dengan duri ?
Umar menjawab," pernah "
" Apa yang kau lakukan ?"
" Aku sensing kainku agar tidak tercarik dengan duri, dan aku jaga langkahku agar tidak terpijak duri "
" Itulah dia TAQWA "
Dari situ kita dapat analogikan duri sebagai larangan-larangan Allah dlm kehidupan insan. Maka rasa berhati-hati dari 'tercarik' dan 'terpijak' itu adalah analogi kepada TAQWA.Ia seakan satu defensive system yang mengajak diri bukan sekadar menjauhi bahkan berhati-hati dengan apa yang dilarang oleh Allah S.W.T. Bukan sekadar tidak melakukan, bahkan tidak mendekati. Bukan hanya takut 'terpijak' bahkan takut juga 'tercarik'.Maka jika inilah dapat dicapai oleh manusia, pastinya setahunnya mampu dilalui dengan baik. Benarlah firman Allah " dan berbekallah kamu, sebaik-baik perbekalan ialah TAQWA " (2:197)
Posted by GrEEn-VeinEd wHitE at 5:23 AM 0 comments
Saturday, August 14, 2010
< BERTUAH SUNGGUH DAPAT SUAMI MCM NIE.>
assalamualaikum teman~~
Lebih kurang tiga minggu yang lepas saya membawa isteri ke 'Mahkota Medical Centre', dia mengadu kepada saya kepalanya pening, rasa mual dan badanya lenguh-lenguh. Saya tanya dia"mengandung kot?" Dia kata tak ada. Oleh kerana 2-3 hari macam tu saja,saya bawak dia jumpa doktor dan ternyata.... isteri saya mengandung dua bulan. Emmm saya dah agak dah.Maka bermulalah cerita baru dan haluan sejarah masa depan akan pastinya berubah lagi. Dia akan merasa loya dengan bau yang sebelum ini senang baginya, termasuklah bau badan saya. Morning sickness yang teruk sekali bagi isteri saya.Kasihan sungguh, terbaring saja sepanjang masa. Makan tak boleh, minum tak nak, apa pun tak nak. Adakalanya isteri saya semalaman tak dapat tidur, kadang-kadang tu asyik nak tidur saja. Selesai saja solat Isyak dah masuk bilik. Pada awalnya saya tidur kat luarlah sebab dia tak boleh bau badan saya. Saya fahamlah orang mengandung memang macam tu, sekarang ni dah boleh tidur dengan saya dan saya sudah tahu macamana nak elakan insomnia yang dialaminya, iaitu dengan membaca Al-Quran sehingga isteri saya terlelap.Memang kebiasaan sebelum mengandung pun saya akan membaca Al-Quran diatas katil di sisi isteri sebelum tidur sehinggalah dia terlelap. Sekarang saya terus membaca Al Quran disisinya sebagai ubat tidur bagi isteri dan anak dalam kandungan. Adakalanya sampai 2-3 jam.Bukan itu sahaja, saya juga sentiasa bercakap-cakap dengan janin dalam perutnya. Perkara yang mula-mula saya ceritakan padanya ialah tentang tauhid. Saya bermula dengan kitab pertama yang saya pelajari dahulu iaitu kitab 'Kasyaful Mahjub'. Mungkin ada pembaca yang berkata saya terlalu ghairah, kebarangkalian untuk janin survive masih tipis. Tapi mana ada ayah yang tak berharapan. Segarang-garang harimau pun tak makan anak, apatah lagi saya. Apa yang akan berlaku pada kemudian hari adalah diluar bidang kuasa saya. Siapa saya untuk mempersoalkanya. Saya bercerita kepadanya tentang Allah, zat, sifat, asma, afal. Dan cerita itu kembali bercerita kepada diri saya. Adayang menghantar email dan bertanya bagaimana mahu mensihati anak agar tidak degil. Jawapan yang mahu saya nyatakan bukan hanya untuk anak tetapi untuk sesiapa sahaja terutamanya yang mempunyai hubungan rapat dengan kita.Tak kiralah anak, isteri atau suami. Bagaimana? 1. Semasa anak atau isteri kita sedang tidur inilah waktu yang paling sesuai terutamanya diwaktu dua pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya(sub conscius mind) adalah paling optimum ketika ini. Yang tidur hanyalah conscius mind (minda sedar). 2.Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke ubun - ubun orang yang ingin anda nasihati. 3. Semasa ibu jari diatas ubun-ubun selawatlah ke atas junjungan Nabi Muhamad dan bacalah surah al fatihah. Kemudian terus dengan berzikir didalam hati dan jangan putuskan zikir anda. 4. Angkat ibu jari anda,kalau boleh janganlah di putuskan zikir didalam hati dan bercakaplah dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai mengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin anda beritahunya. Kebiasaannya saya akan menasihati isteri saya agar tidak selalu melewatkan solat,banyakkan berselawat, banyak bersabar. Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat anda 5. Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya bergerak-gerak. Insyallah saya doakan diri saya dan anda berjaya dengan kaedah ini. Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An Nu'man), seseorang pernah bertanya kepada bapa Imam Abu Hanifah. "Tuan, bagaimanakah tuan mendidik Hanafi sehingga begini istimewa jadinya. Jawab bapa Imam Abu Hanifah "Aku didik Hanafi 40 tahun sebelum dia dilahirkan". Kalau didengar pernyataan ini tentu aneh bagi kita bukan. Bagaimana mungkin manusia yang belum dilahirkan sudah di didik. Namun apa yang ingin disampaikan oleh Tsabit (bapa Imam Abu Hanifah) ialah dia sendiri telah diasuh, manakala isterinya juga sudah di didik dan Hanafi sendiri sudah dididik sejak dari kandungan lagi. Saya beri anda satu logik akal, acuan yang bulat mana mungkin menghasilkan kuih segiempat. Begitu juga dengan anak dan isteri kita. Mereka adalah cermin kepada diri kita sendiri. Saya bacakan kisah ini kepada janin yang sedang membesar dalam perut isteri saya. Saya sentiasa berdoa agar dia terus membesar dan dilindungi Allah sebagaimana Allah memelihara Imam Abu Hanifah. Saya nasihatkan dia dengan nasihat yang disuarakan oleh Luqman Al Hakim kepada anaknya. Saya bacakan kisah para rasul, para nabi,wali songo, tujuh wali melayu kepadanya. Cuma isteri saya menasihati agar suara saya tidak terlalu kuat, bimbang didengar oleh jiran, apa pula kata mereka nanti. Dalam kepekatan malam, isteri saya sudah pun yenyak dibuai mimpi. Saya baru selesai membaca surah yasin disisi isteri hingga dia terlelap. Saya kehalaman rumah, mahu merenung langit malam, satu-satunya hobi saya semenjak kecil semenjak di rumah anak-anak yatim piatu, saya bawa hingga kini. Langit agak terang dan bersih. Saya bersandar dibangku marmar. Kalau isteri saya sihat pastinya dia menemani saya disini, kami akan bercerita tentang segala-galanya, tentang masa depan, tentang anak, tentang cinta, tentang tuhan. Saya terus merenung langit malam, saya anak yatim piatu yang ditinggalkan ditengah padangrumput,sehingga sekarang tidak diketahui siapa ibu ayah saya. Kini saya akan menjadi ayah. Bermula dari saya akan wujud salasilah keturunan yang baru.Saya bertekad dalam hati, Insyallah jika anak ini lahir, dia tidak akan saya biarkan membesar seperti saya. Dia tidak akan saya biarkan menagih kasih dirumah kebajikan.Dia tidak akan melalui zaman pahit seperti saya. Dia tidak perlu dibohongi yang teddy bear adalah'mama'nya seperti saya. Air mata ini mengalir lagi. Mudah benar ia tumpah.Oh! janganlah tumpah lagi.Sudah terlalu banyak tertumpah.Kalau mahu tumpah biarlah ketika sujud menyembah ilahi.Pesan guruku air mata lelaki jangan ditumpahkan sia-sia. Saya tidak mahu terus melayan perasaan,segera saya kuncikan pintu dan ke kamar tidur.Isteri saya telah pun nyenyak dibuai mimpi.Inilah 'bintang timur' dalam hidup saya.Ia sentiasa bersinar cemerlang dalam hidup saya,memberi harapan,keyakinan,kesetiaan dan cintanya kepada saya.Insyallah tidak lama lagi,akan muncu 'bintang timur kecil' dalam hidup saya
Posted by GrEEn-VeinEd wHitE at 4:02 AM 0 comments
Thursday, August 12, 2010
< 2 hati kini bersatu >
assalamualaikum teman~~
sowi wa,ak ciluk gmbo2 mg...hik3x...
Posted by GrEEn-VeinEd wHitE at 1:15 AM 3 comments
Tuesday, August 10, 2010
< ramadhan kareem >
assalamualaikum teman~~
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna
Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula
Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti
Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan
Selangkah demi selangkah…
Dengan rahmatMu oh Tuhanku…
Ku tempuh jua
Posted by GrEEn-VeinEd wHitE at 11:36 PM 0 comments
Monday, August 9, 2010
< radak and us >
assalamualaikum teman~~
p/s:tq abg ryoq,kak jaja,abg topoi n abg hazriq.....nk join u ol lagi next time...
Posted by GrEEn-VeinEd wHitE at 5:37 PM 0 comments